Pages

Subscribe:

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

6 persoalan hidup

"Enam persoalan hidup yang telah dikatakan oleh Imam Al-Ghazali

Pernahkah kita merenung mengapa ia berkata begitu…….

1. Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini? - MATI



Mungkin kerana mati sentiasa mengikuti kita ataupun kita selalu tidak sedar bahawa kita akan mati bila-bila masa apabila sudah sampai ajalnya.

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? – MASA LALU

Semakin hari semakin jauh kita meninggalkan masa kanak-kanak kita yang suci daripada dosa dan kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus berhati-hati dengan segala perbuatan kita agar ianya selaras dengan tuntutan syariah.

3. Apa yang paling besar di dunia? - NAFSU

Manusia sering dikuasai oleh nafsu sehinggakan mereka sanggup bertuhankan nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Apa yang paling berat di dunia ini? – MEMEGANG AMANAH

Kita sanggup membawa amanah yang akhirnya tercicir begitu sahaja. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengna sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.

5. Apa yang paling ringan di dunia ini? – MENINGGALKAN SOLAT

Orang semakin memandang ringan terhadap solat dan melaksanakannya atau tidak bukannya lagi merupakan perkara yang besar. Kadang kala kerana pekerjaan, kerana konsert, kerana bola kita gadaikan solat.

6. Apa yang paling tajam di dunia ini? – LIDAH MANUSIA

Walaupun pedang itu tajam sifatnya namun ianya tidak dapat menandingi kehebatan penangan lidah, kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

No comments:

Post a Comment


Pihak SKBBSB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini.

skbbsb2u@gmail.com